
Hari Badminton Sedunia disambut 5 Julai
Sambutan itu yang diadakan sebagai pengiktirafan tarikh penting penubuhan Persekutuan Badminton Antarabangsa (kini BWF) hampir 88 tahun lepas pada 5 Julai 1934, ditetapkan untuk diraikan setiap tahun.
Presiden BWF Poul-Erik Hoyer berkata Hari Badminton Sedunia memberi peluang unik kepada peminat sukan badminton untuk meraikan dan mempromosikan sukan kesayangan mereka secara serentak.
“Saya teruja untuk menyertai pelbagai aktiviti Hari Badminton Sedunia dan melihat impaknya terhadap sukan kita di peringkat global,” katanya dalam kenyataan.
BWF memaklumkan bahawa persatuan badminton kebangsaan, kelab, komuniti dan peminat badminton di seluruh dunia digalakkan untuk menganjurkan sambutan mereka sendiri.
Antara acara yang dicadangkan termasuk percubaan rekod dunia, pertandingan badminton, pengajaran badminton percuma, pameran, festival badminton, kursus kejurulatihan dan acara komuniti.
Individu atau organisasi yang berminat untuk menganjurkan aktiviti sempena Hari Badminton Sedunia, boleh mendaftarkan acara mereka di https://corporate.bwfbadminton.com/about/world-badminton-day/. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...