Sorting by

×

Liga-M: Syarat dos penggalak untuk penerima Sinovac, warga emas sahaja

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Dos penggalak hanya disyaratkan kepada penerima vaksin primer Sinovac dan warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk dibenarkan masuk ke stadium menonton perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata pembaharuan prosedur operasi standard (SOP) itu diterima daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara hari ini.

Menurutnya berdasarkan ketetapan sebelum ini, hanya penonton yang lengkap vaksinasi serta dos penggalak dibenarkan masuk ke stadium.

“Ini kerana tempoh masa yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 Feb kini dilanjutkan hingga 31 Mac dengan status vaksinasi lengkap akan ditukarkan kepada tidak lengkap sekiranya belum mendapatkan dos penggalak.

“Penerima vaksin primer Sinovac dan individu berumur 60 ke atas bagi vaksin lain, tidak dibenarkan ke stadium sebagaimana individu lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan, manakala hanya kanak-kanak umur 13 tahun ke atas dibenarkan hadir ke stadium jika lengkap dua dos vaksinasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Stuart berkata kuota kemasukan penonton bagi setiap perlawanan kekal dengan 50 peratus daripada kapasiti stadium atau maksimum 20,000, manakala sebarang aktiviti makan minum sepanjang berada di dalam stadium tidak dibenarkan.

MFL juga menasihatkan agar individu berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai masalah kesihatan atau penyakit kronik dan individu kontak rapat bergejala tidak hadir ke stadium.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

591
Kongsi :
Previous post Hari Terbuka GLC 2022 bakal tawar peluang pekerjaan, biasiswa kepada rakyat – Zafrul
Next post Skim pembiayaan perumahan inovatif PR1MA jadi penanda aras sedia akses kewangan mudah
Ubah saiz-+=