Sorting by

×

J.U.S.T Club juara sepak takraw Piala Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

TELOK MAS 4 Mac – Jasin United Sepak Takraw (J.U.S.T Club) merangkul juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Melaka bagi merebut Piala Sulaiman 2022 menewaskan JMF (A).

Pada aksi final di Dewan Kompleks Komuniti Desa (KKD) Kemas Melaka Tengah di sini, J.U.S.T Club terpaksa mengheret pasukan JMF (A) ke set penentuan dengan keputusan 21-14 apabila seri pada dua set pertama dan kedua 21-9 1–21.

Selaku juara, regu J.U.S.T Club membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan piala pusingan manakala pasukan JMF (A) membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 serta pingat.

ABDUL Razak (dua dari kanan) menyampaikan piala pusingan kepada juara sepak takraw Piala Sulaiman. Foto Facebook Abdul Razak Abdul Rahman

Pasukan JMF (B) yang merangkul tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan pingat manakala tempat keempat diraih ZM Kopi Hainan (A) dengan hadiah wang tunai RM500 serta pingat.

Pemain JMF (B), Aiman Yaakub dinobatkan sebagai pengumpan terbaik manakala Sahidan Md Ali dari JMF (A) sebagai tekong terbaik dan Muhammad Attan Nin Hamdan dari J.U.S.T dipilih sebagai ‘killer’ terbaik.

AKSI pemain J.U.S.T Club. Foto Facebook Abdul Razak Abdul Rahman

Hadiah disampaikan EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman bagi mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sebanyak 24 pasukan berentap dalam kejohanan yang dianjurkan Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1222
Kongsi :
Previous post PRN Johor: SPR keluarkan lebih 36,000 kertas undi pos
Next post USIM laksana misi pertama pasca banjir di Kemaman
Ubah saiz-+=