
Sasar bandar Paling Mampan di Malaysia
AYER KEROH 25 Ogos – Kerajaan negeri mensasarkan menjadi negeri pertama kesemua empat pihak berkuasa tempatan (PBT) dianugerahkan Bandar Paling Bahagia di Malaysia.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, selepas dua bandar iaitu Jasin dan Melaka diikuti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memperoleh status Bandar Bahagia, kini kerajaan negeri berharap agar satu lagi PBT negeri ini mengikut jejak sama.
“Bagi MPHTJ ia bukan sahaja mencapai status Bandar Bahagia malah turut diiktiraf oleh MURNInets sebagai bandar nombor satu Paling Mampan di Malaysia.
“KPI kita pada tahun ini, saya mahukan keempat- empat PBT mencapai status tersebut bagi membolehkan Melaka menjadi negeri pertama kesemua PBTnya adalah Bandar Paling Bahagia di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Seminar Melakaku Maju Jaya.
Mengulas lanjut beliau berkata, seminar selama dua hari bermula hari ini amat penting buat kerajaan negeri dalam melakar masa depan Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...