Sorting by

×

Pergiat usaha bantu penganggur di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 3 Mac – Kerajaan negeri akan terus komited dalam membantu mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini dengan menyediakan pelbagai inisiatif pencarian kerja.

EXCO Tenaga Kerja Negeri Ngwe Hee Sem berkata, antara langkah yang dijalankan termasuklah melalui penganjuran karnival kerjaya oleh PERKESO, selain memperkasa peranan portal MyFutureJobs di negeri ini.

Beliau berkata, portal berteknologi tinggi itu sangat membantu rakyat yang diberhentikan kerja sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dengan melaksanakan kaedah padanan kerja (job matching) mengikut kelayakan, kemahiran, pengalaman dan lain-lain kriteria yang diperlukan majikan.

“Hasilnya setakat 4 Feb tahun ini seramai 121 orang telah berjaya mendapatkan pekerjaan menerusi MyFutureJobs di Melaka.

EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem pada Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-15. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Kerajaan negeri juga akan sentiasa komited bekerjasama dengan agensi dan jabatan persekutuan untuk membantu rakyat mendapatkan pekerjaan termasuk dengan menggalakkan mereka menceburi bidang pertanian dan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Zahari Abd Kalil (BN-Durian Tunggal) mengenai inisiatif kerajaan negeri memastikan penganggur mendapatkan pekerjaan.

Hee Sem berkata, mengikut data pada suku keempat 2021, status pengangguran di Melaka ialah pada kadar 3.1 peratus merangkumi 14,200 orang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

722
Kongsi :
Previous post Bahasa Melayu di pentas antarabangsa daulatkan Bahasa Kebangsaan
Next post RTC Sungai Rambai sebagai pusat pengumpulan pertanian
Ubah saiz-+=