
Tokoh seniman Rahman B meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 2 Mac – Tokoh Seniman Negara Abdul Rahman Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rahman B meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4.33 petang tadi.
Berita pemergian Rahman B dimaklumkan cucunya Hussein Abdul Salam.
Beliau memberitahu Rahman B, 87, meninggal dunia akibat pendarahan beku di paru-paru.
“Jenazah akan dibawa dari HKL ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk dimandi dan dikafankan. Setelah itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zohor esok,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Dilahirkan pada 18 Mei 1935 di Kapar, Klang, Rahman B merupakan penerima Anugerah Seniman Negara 2004.
Allahyarham berkecimpung dalam dunia bangsawan sejak berusia lapan tahun iaitu bermula awal 1940-an dan mewarisi darah seni yang dimiliki oleh ibu bapanya yang juga penggiat bangsawan, Abu Bakar Saleh dan Kasminah Taib.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...
12 TUNJANG KELESTARIAN MELAKA – KM
SERI NEGERI 28 April - Sebanyak 12 tumpuan digariskan Kerajaan Negeri bagi merencana kelestarian pembangunan Melaka. Ketua Menteri Datuk Seri...
‘JANGAN CUBA-CUBA NIKAH SINDIKET’
SERI NEGERI 28 April - Lelaki Muslim di negeri ini yang bercadang untuk berpoligami diberi amaran supaya tidak menggunakan khidmat...