
Kempen PRN Johor boleh diadakan hingga 12 tengah malam – SPR
JOHOR BAHRU, 2 Mac – Ceramah, syarahan dan kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini boleh diadakan hingga pukul 12 tengah malam.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan hari ini, pindaan prosedur operasi standard (SOP) itu berkuat kuasa serta-merta dan dibuat berdasarkan cadangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Selain melanjutkan waktu berkempen, SPR turut membenarkan penganjuran kempen secara fizikal di dalam atau pekarangan pejabat dan bilik gerakan parti.
Namun, jumlah kehadiran termasuk penganjur, penceramah dan peserta menghadiri kempen berkenaan haruslah tidak melebihi 100 orang atau 50 peratus kapasiti ruang dan tidak boleh diadakan di premis yang terbuka atau di tempat awam.
“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya serta garis panduan pencegahan COVID-19 bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, SPR menetapkan ceramah, syarahan dan kempen pada PRN Johor hanya boleh diadakan hingga 10 malam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERAS MELAKA HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA
SERI NEGERI 28 April - Beras Melaka yang kini mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg) hanya...
EKONOMI MELAKA KEKAL KOMPETITIF, INKLUSIF DAN BERDAYA SAING
SERI NEGERI 28 April - Ekonomi Negeri Melaka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya saing berdasarkan indikator dan data dikeluarkan Jabatan...
PENJENAMAAN SEMULA SJKC SIMPANG BEKOH SEDANG DIPERINCI
SERI NEGERI 28 April - Penjenamaan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKC) Simpang Bekoh kepada SJKC Laksamana Cheng Ho...
SEMUA MASJID DI MELAKA DIMINTA LAKSANA SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN
SERI NEGERI 28 April - Semua masjid di Negeri Melaka diminta untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara...
INSTITUT TUN PERAK SELIDIK PERANAN LAKSAMANA CHENG HO DALAM HUBUNGAN MELAKA DAN CHINA
SERI NEGERI 28 April - Institut Tun Perak (ITP) sedang menjalankan kajian terperinci mengenai peranan Laksamana Cheng Ho melibatkan hubungan...
LIPUTAN 5G DI MELAKA CAPAI 89.7 PERATUS, CAPAIAN 4G HAMPIR 100 PERATUS
SERI NEGERI - Kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk di Negeri Melaka telah mencapai 89.7 peratus, kata Exco Sains, Teknologi,...