
Dakwaan kempen PN ‘senyap’ tidak betul – Muhyiddin
Menurutnya kempen PN berjalan seperti yang dirancang, dengan semua jentera telah memainkan peranan masing-masing.
“Bukan saya sahaja (malah) jentera-jentera lain juga turun ke kempen-kempen kita di semua kawasan.. semua turun sampai ke bawah. (Dakwaan kempen senyap) adalah satu perkara yang tidak tepat,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Ikrar PN “Demi Bangsa Johor” di sini, hari ini.
Presiden Bersatu itu berkata demikian ketika mengulas mengenai kempen PN yang disifatkan “senyap” oleh sesetengah pihak berbanding kempen BN.
Sementara itu merujuk kepada pilihan PN untuk jawatan Menteri Besar sekiranya perikatan itu menang dalam PRN ini Muhyiddin berkata beliau berkata perkara itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.
PN bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dengan calon-calon Bersatu bertanding di 33 kerusi, PAS (15)manakala Gerakan lapan kerusi.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...