24,000 mangsa banjir Kelantan, Terengganu masih di PPS
KUALA LUMPUR Mac – Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan yang dipindahkan ke pusat pemindakan sementara (PPS) berkurang kepada 24,989 setakat 2 petang ini, berbanding 26,447 orang pagi tadi.
Di Terengganu, jumlah mangsa yang terjejas akibat bencana alam itu menurun daripada 17,382 melibatkan 4,549 keluarga pagi tadi kepada 16,183 orang daripada 4,223 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan semua mangsa banjir itu ditempatkan di 77 PPS dengan Kemaman merekodkan jumlah penduduk tertinggi iaitu 8,308, diikuti Hulu Terengganu (3,814), Dungun (2,698), Kuala Negeru (498), Kuala Terengganu (462), Besut (348) dan Setiu (55).
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan hanya Sungai Kemaman di daerah Kemaman mencatat bacaan melebihi paras bahaya dengan kebanyakan sungai di Terengganu berada pada paras normal.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 8,806 orang berbanding 9,063 orang pagi tadi dan semuanya ditempatkan di 27 PPS di empat daerah terjejas iaitu Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh.
Portal JPS pula melaporkan semua sungai utama di negeri itu berada pada paras biasa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...