MiCoST tinjau peluang kolaborasi bersama Todak Academy
BANDARAYA MELAKA 2 Mac – Kolej Antarabangsa Sains & Teknologi Melaka (MiCoST) dalam perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan Todak Academy dalam usaha meningkatkan lagi kebolehpasaran graduannya.
Pengurus Pembangunan Perniagaan MiCoST, Suhaini Amsah berkata, perancangan itu adalah hasil kunjungan hormat pihaknya ke Todak Academy di Cyberjaya semalam.
Katanya, dalam kunjungan hormat itu pihaknya turut bertukar-tukar pandangan bersama Pengurus Besar Todak Academy Taufik Rizal Aminuddin.
“Kunjungan Hormat ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama secara industri mahupun pengisian daripada segi akademik atau praktikal.
“Hasrat MiCoST adalah menerusi kerjasama dijalinkan ia dapat membuka sudut padangan generasi muda untuk menyambung pengajian dalam bidang berkaitan e-Sport dan pembangunan industri kreatif,” katanya menerusi satu kenyataan.
Menurutnya, turut disentuh dalam pertemuan itu adalah isu pembangunan pelajar khusus membabitkan perkembangan bakat kreatif dan kemahiran secara terperinci.
“Matlamat kedua-dua pihak adalah dalam membina modal insan yang bukan sahaja celik ilmu namun mempunyai kemahiran dan bakat yang boleh diaplikasikan dalam industri,” katanya.
Hadir sama pada kunjungan itu Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia MiCOst, Wan Amalyna Wan Yahaya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.