Hanya 35 kes akibat AEFI suntikan COVID-19 dirujuk ke hospital
SERI NEGERI 2 Mac – Kerajaan negeri merekodkan hanya 35 individu yang dimasukkan ke hospital susulan dari Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) dari suntikan COVID-19.
EXCO Kesihatan, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, jumlah itu merupakan daripada angka keseluruhan yang direkodkan daripada 700,000 rakyat Melaka yang telah menerima vaksin menerima kesan sampingan itu.
Bagaimanapun beliau berkata, individu yang dimasukkan ke hospital itu telah berjaya dirawat dan dikeluarkan dari hospital setelah menerima rawatan susulan.
“Kesemuanya sembuh seperti sedia kala dan tiada sebarang kematian direkodkan di Melaka selepas rakyat negeri ini menerima suntikan vaksin.
“Kita menyeru kepada rakyat bahawa diyakinai sutikan vaksinasi yang diberikan kerajaan adalah selamat dan berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diadakan di Seri Negeri, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SANTAI @ KLEBANG ZON BEBAS KENDERAAN FASA 2
AYER KEROH 24 November - Zon Bebas Kenderaan Fasa 2 bakal dilaksanakan di Santai @ Klebang dalam masa terdekat, sekali...
HARI INOVASI MELAKA PADA 5 DISEMBER
AYER KEROH 22 November - Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE Melaka@UTeM akan menganjurkan Hari Inovasi Negeri...
DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN OKTOBER 2024 DIBUKA UNTUK SEMAKAN – SPR
PUTRAJAYA 21 November - Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari...
SINDIKET PENGEDARAN, PENJUALAN KAD PEMASTAUTIN TETAP PALSU TUMPAS, 13 INDIVIDU DITAHAN
JOHOR BAHRU 21 November - Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penjualan kad pemastautin tetap palsu kepada warga asing dengan...
KES BULI UPNM: SUSPEK DIDAKWA ESOK
KUALA LUMPUR 21 November - Suspek kes buli seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia...
KARNIVAL KPDN ZON SELATAN TAWAR JUALAN 24 JAM SELAMA TIGA HARI
MELAKA, 21 Nov - Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Zon Selatan akan berlangsung di Dataran...