JPA perlu senaraikan COVID-19 sebagai penyakit berjangkit
SERI NEGERI 2 Mac – Kerajaan negeri menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyenaraikan penyakit COVID-19 di bawah senarai penyakit berjangkit bagi memudahkan kakitangan awam mendapat cuti tanpa rekod.
EXCO Kesihatan, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan baru-baru ini menetapkan mana-mana pekerja yang mempunyai kontak rapat tanpa bergejala perlu hadir bekerja akan memberi kesukaran dalam kalangan ibu bapa.
Berikutan itu katanya, perkara itu perlu disenaraikan berikutan terdapat ibu bapa yang perlu bercuti berikutan terdapat anak-anak di bawah lima hingga lapan tahun yang dijangkiti wabak itu memerlukan penjagaan ibu-bapa.
“Apabila ia dimasukkan di bawah senarai penyakit berjangkit, ibu bapa akan menerima cuti tanpa rekod selama lima hari.
“Jika ia tidak disenaraikan ini akan menyukarkan ibu bapa kerana terpaksa mengambil cuti tahun dan akan menimbulkan lagi kesukaran apabila menjelang hujung tahun dan kuota cuti yang sudah habis,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diadakan di Seri Negeri, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
AGENSI PERUMAHAN PERLU SEDIAKAN KEDIAMAN SELESA, BERKUALITI
BANDARAYA MELAKA 22 November - Agensi dan pemain industri perumahan setiap negeri perlu memainkan peranan sebagai penyedia kediaman yang selesa...
SANG BEDAL MASUK PERANGKAP DI SUNGAI MALIM
KESIDANG 22 November - Buaya tembaga jantan sepanjang lebih tiga meter berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara...
JPS PANTAU KAWASAN RENDAH, BERISIKO TERKESAN FENOMENA AIR PASANG BESAR
AYER KEROH 22 November - Pemantauan berterusan dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka di lokasi berisiko tinggi dilanda...
MASJID TANAH, MERLIMAU KAWASAN ‘KRITIKAL’ BANJIR
AYER KEROH 22 November - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka mengenal pasti sebanyak 124 lokasi kerap berlaku banjir...
‘PHOTOBOOTH’ UNTUK GENG RXZ DI DATARAN KERIS, PANTAI PENGKALAN BALAK
ALOR GAJAH 22 November - Dataran Keris Alor Gajah dan Pantai Pengkalan Balak dalam daerah Alor Gajah dijangka bakal menjadi...
SANTAI @ KLEBANG ZON BEBAS KENDERAAN FASA 2
AYER KEROH 24 November - Zon Bebas Kenderaan Fasa 2 bakal dilaksanakan di Santai @ Klebang dalam masa terdekat, sekali...