
Banjir: Pemuda OKU hilang dikhuatiri lemas di Pasir Mas
PASIR MAS, 2 Mac – Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 20 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dan hilang ketika bermain air berdekatan rumahnya di Kampung Tok Sangkut di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mangsa dikenali sebagai Muhamad Faizal Ab Rahman yang juga OKU yang mempunyai masalah pembelajaran dan operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada 12.20 tengah malam tadi, mengenai kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi itu.
“Mangsa dilapor bermain di hadapan kedai makan milik ibunya tanpa memakai baju dan berseluar hitam pendek berjalur kuning.
“Kehilangan lelaki itu disedari oleh ibunya, Che Fatimah Che Kob, 60, yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Jeram Perdah kerana mengesyaki anaknya dihanyutkan air banjir yang melanda kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...