Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran dua rumah di Sibu
SIBU 1 Mac – Tiga sekeluarga rentung dalam satu insiden kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Bahagia Jaya di sini, malam ini.
Maklumat awal dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak menyatakan mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sima Abdullah, 18, Rashidah Suut, 81, dan seorang lagi mangsa yang belum disahkan identitinya.
Sementara itu, Ketua Bomba Zon 4 Sibu Janggan Mulling memberitahu Bernama empat lagi mangsa terselamat dalam insiden yang dilaporkan kira-kira pukul 8.12 malam itu.
Katanya, seramai 19 anggota dari dua balai bomba dan penyelamat di sini dikejarkan ke tempat kejadian sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 9.00 malam.
Setakat ini, JPBM masih menyiasat punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAHANAN LOLOS DICEKUP DI KEBUN DURIAN
ALOR GAJAH 28 November - Tahanan lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pada...
PEMBERSIHAN LONGKANG LEBIH KERAP – JKR MELAKA
AYER KEROH 28 November - Pembersihan longkang di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka akan dijalankan dengan lebih kerap...
MBMB PERUNTUK HAMPIR RM10 JUTA UNTUK ATASI BANJIR KILAT
AYER KEROH 27 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membelanjakan hampir RM10 juta bagi kerja-kerja menaik taraf perparitan untuk...
MPHTJ RANGKUL ANUGERAH GREEN APPLE ENVIRONMENT AWARD 2024
AYER KEROH 27 November - Inisiatif mewujudkan program Duta Hijau dalam meningkatkan kelestarian dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam...
KES HILANG MYKAD LEBIH TIGA KALI DI MELAKA MENINGKAT
AYER KEROH 27 November - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka merekodkan sebanyak 370 kes kehilangan kad pengenalan MyKad tiga...
KUTIPAN ZAKAT PERNIAGAAN DI MELAKA MENINGKAT
MACHAP JAYA 27 November - Prestasi kutipan zakat perniagaan di Melaka menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kenaikan kira-kira lapan peratus pada...