
KLIP tolak hasrat kapal Rusia untuk berlabuh – MOT
KUALA LUMPUR 2 Mac – Pengendali Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) telah menolak hasrat sebuah kapal yang membawa bekalan minyak mentah dari Rusia yang kini dalam pelayaran ke Malaysia untuk berlabuh di pelabuhan itu.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan menolak hasrat kapal itu yang dijangka berlabuh pada Sabtu (5 Mac) dibuat supaya tidak melanggar sebarang sekatan antarabangsa sebagaimana yang menjadi prerogatif KLIP.
“Memetik laporan media, kapal yang didaftarkan dengan nama Linda atau dikenali sebagai Lady M ini didakwa turut disenaraikan dalam sekatan antarabangsa.
MOT akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk tindakan susulan yang mungkin diambil bersandarkan kepada dasar kerajaan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA LULUS LEBIH 200 LESEN JUAL BUNGA API, MERCUN
AYER KEROH 13 Mac - Lebih 200 permit atau lesen menjual bunga api termasuk mercun dikeluarkan Polis Melaka kepada peniaga...
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...