
Remaja lelaki korban ketiga banjir di Kelantan
PASIR MAS, 28 Feb – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban ketiga banjir di Kelantan selepas ditemukan lemas di Kampung Kubang Kedepan dekat Banggol Kulim, di sini, pada 3.05 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mangsa Hawari Khodir dipercayai terjatuh dan hilang dibawa arus di kawasan terbabit pada 7.15 malam, semalam.
“Polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 11 pagi tadi. Mangsa dijumpai tidak jauh dari kawasannya terjatuh oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Nasaruddin berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya.
Semalam, dua mangsa lemas dilaporkan di Kelantan, iaitu Mohamad Ishak seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun dan Mohamad Fazli Tamri seorang remaja lelaki berusia 13 tahun. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...