Beberapa aktiviti pelancongan dihadkan selepas Pulau undan diwartakan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 28 Feb – Pewartaan Pulau Undan sebagai Taman Laut akan disegerakan bagi memastikan kelestarian biodiversiti kehidupan di kawasan itu kekal terpelihara.

EXCO Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata sekiranya kawasan itu telah diwartakan terdapat beberapa aktiviti pelancongan di kawasan itu akan dihadkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Jelasnya, perkara itu perlu dilaksanakan bagi memastikan hidupan marin dan ekosistem termasuk kehidupan eksotik yang mempunyai habitat di pulau berkenaan kekal terpelihara.

“Pewartaan ini kontradiksinya kita terpaksa hadkan beberapa aktiviti pelancongan seperti aktiviti menyelam dan sebagainya.

“Bagi aktiviti snorkeling ia mungkin dibenarkan dan dihadkan mengikut SOP tertentu.

“Pewartaan ini penting kerana Melaka tidak banyak hidupan karang malah di kawasan itu juga pernah berlakunya beberapa kecurian hidupan karang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri di sini hari ini.

EXCO Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, setakat ini pewartaan itu belum lagi dibincangkan ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan akan disegerakan tidak lama lagi.

“Perkara ini di peringkat mutakhir kerana beberapa kaji selidik sedang dijalankan bersama Majlis Pulau-Pulau Melaka (MPPM).

“Usaha yang dirancang sejak dua bulan lepas ini akan dibincangkan ke peringkat kerajaan negeri dan mungkin kita akan laksanakannya selepas Sidang DUN ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1939
Kongsi :
Previous post 3 ‘uptown’ mega rancakkan suasana malam Bandaraya Melaka
Next post Polis rampas dadah bernilai lebih RM10 juta
Ubah saiz-+=