Ayuh popularkan pulau premium Melaka sebelum diwartakan

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

TELOK MAS 27 Feb – Kerajaan negeri tidak menghadkan jumlah pengunjung ke tiga pulau premium di Melaka sebaliknya mengalu-alukan kedatangan penggemar aktiviti rekreasi laut di kawasan pelancongan baharu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM) Azhar Yaacob berkata, dalam usaha untuk kerajaan negeri mewartakan tiga pulau berkenaan iaitu Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol, pelbagai aktiviti promosi dilakukan bagi menggalakkan kedatangan pengunjung ke kawasan itu.

PULAU Undan

Katanya, dalam pada masa MPPM turut menggiatkan usaha untuk membantu kerajaan negeri memulihara hidupan laut dan terumbu karang di perairan tiga pulau berkenaan.

“Di peringkat awal, kita uar-uarkan dulu untuk menjadikan ia popular dalam kalangan penggemar skuba dan snorkel, dalam masa sama kita juga menghadkan antara 100 ke 150 pengunjung setiap hari.

“Pengunjung bagaimanapun hanya dibenarkan untuk melakukan aktiviti di kawasan itu pada siang sahaja, malam tidak dibenarkan dan kita juga mengawal jumlah kehadiran pengunjung menerusi komunikasi antara bot penambang,” katanya selepas menghadiri Program Eksplorasi Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol di sini, hari ini.

AZHAR

Hadir sama EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Mohd Fauzi Salehon.

Sebelum ini, Melaka Hari Ini melaporkan penilaian akhir di peringkat agensi berkaitan sedang dilaksanakan sebelum perkara itu dikemukakan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pewartaaan pulau sebagai taman laut.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi berkata, dalam usaha ke arah mendapat kelulusan diwartakan sebagai taman laut, Jabatan Perikanan Negeri Melaka melabuhkan sembilan tukun tambahan di perairan Pulau Undan bagi pembiakan batu karang.

“Jumlah keseluruhan tukun tiruan yang telah dilabuhkan adalah sebanyak 57 unit yang mana 22 daripadanya adalah tukun jenis rekreasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1340
Kongsi :
Previous post Mora kekal selepas JDT julang Piala Sumbangsih
Next post Banjir: Lebih 100 penduduk terperangkap di surau lebih enam jam
Ubah saiz-+=