MUSA hantar logo baharu untuk semakan

Masa Membaca:53 Saat

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) sudah menghantar semakan logo baharu yang menjadi kontroversi baru-baru ini ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Menurut Penasihat Undang-Undangnya Zhafri Aminurashid, semakan itu dibuat bagi memastikan ia sah digunakan pasukan, tanpa melanggar mana-mana hak cipta.

“Kita telah menghantar logo (baharu) itu untuk buat semakan, sekiranya pihak MyIPO beritahu ia sudah dipatenkan, saya akan nasihatkan pihak persatuan untuk membatalkan kemenangan.

“Kerana jelas dalam syarat pertandingan, ia mestilah asli dan tidak boleh ditiru.

“Namun, jika MyIPO beritahu tiada masalah menggunakannya, kita guna sahaja dan jika ia berjaya dipatenkan, maka ia adalah hak pasukan katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jelasnya, semakan logo itu mungkin mengambil masa sehingga dua minggu kerana membabitkan semakan antarabangsa.

“Selepas dapat semakan baru kita akan maklumkan. Untuk pemenang kita pun dah maklumkan, dia pun faham,” katanya.

Terdahulu, logo baharu itu yang dilancarkan pada Sabtu menjadi bualan hangat netizen yang masing-masing mendakwa ia ditiru dari sebuah syarikat Bare Blend dari Australia.

Sementara itu Setiausaha Agung MUSA Mohd Asri Ninggal enggan memberikan komen lanjut berkaitan perkara itu ketika dihubungi.

Views:

296
Kongsi :
Previous post Mohd Ali figura pertama Melaka terima gelaran Tun Seri Setia
Next post Bayar cukai taksiran, dapat motosikal percuma
Ubah saiz-+=