
PRN Johor: Saingan enam penjuru di DUN Larkin
JOHOR BAHRU, 26 Feb – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin menyaksikan saingan sengit enam penjuru dengan lima daripadanya merupakan muka baharu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah, Mohamad Riadz Mohamad Hashim daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rasid Abu Bakar (Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)) dan calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Bujang.
Saingan di kerusi DUN Larkin itu juga menyaksikan penyertaan calon Bebas, NorRamadan Buan.
Dr Zamil Najwah Arbain daripada PKR yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat namun tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kini bersaing untuk merebut kerusi DUN Larkin pada PRN Johor.
Senarai muktamad calon yang layak bertanding di DUN itu telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Abdul Rahman Salleh di Pusat Penamaan Calon di Dewan JKR Daerah Johor Bahru, hari ini.
Pada PRU14, kerusi DUN Larkin dimenangi oleh Mohd Izhar Ahmad yang bertanding atas tiket PKR menewaskan Datuk Yahya Ja’afar (BN) dan Zakiah Tukirin (PAS) dengan majoriti undi 8,590.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...