Pelancongan Kesihatan perlu dibuka untuk pelancong luar- EXCO

Masa Membaca:56 Saat

ALOR GAJAH 25 Feb- EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis meminta sektor pelancongan kesihatan dibenarkan beroperasi.

Katanya, perkara itu susulan permintaan tinggi dalam kalangan pesakit di luar negara yang sering mendapatkan perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Ujarnya, hal itu kerana Melaka merupakan antara negeri yang menawarkan harga  munasabah dengan kualiti perkhidmatan  berbanding negeri lain dan negara jiran.

“Permintaan yang sangat tinggi kita terima, kalau dahulu dalam 300,000 pesakit, kini telah menjejah hampir 1 juta pesakit yang diluar sana misalnya Indonesia yang ingin mendapatkan kepakaran dan perkhidmatan kesihatan di Melaka.

“Jadi kita minta kerajaan negeri untuk usulkan perkara ini dan bincangkan di peringkat kabinet, agar koridor pelancongan kesihatan dibuka untuk membawa mereka (pelancong) masuk namun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, ujarnya, beliau akan membentangkan kertas kerja dalam Mesyuarat EXCO akan datang selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

“Kita akan bentang perkara ini dalam Mesyuarat EXCO dan kita akan mendesak kerajaan negeri untuk perkara ini dibawa ke peringkat kabinet agar pelancongan kesihatan dibuka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

545
Kongsi :
Previous post ATM aktifkan Zon Pengurusan Bencana HAT bila-bila masa
Next post Selepas 10 tahun, Teater Muzikal Ali Baba diberi ‘nafas baharu’
Ubah saiz-+=