ATM aktifkan Zon Pengurusan Bencana HAT bila-bila masa

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

SUNGAI UDANG 25 Feb – Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di semua Hospital Angkatan Tentera (HAT) di seluruh negara diaktifkan pada bila-masa sekiranya diperlukan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh berkata, perkara itu akan dilaksanakan sekiranya kes COVID-19 menunjukkan peningkatan ketara dan keadaan kesihatan awam di negara ini memerlukan bantuan ATM.

Katanya, keadaan COVID-19 di negara ini bagaimanapun sedikit melegakan berikutan vaksinasi COVID-19 dalam kalangan rakyat semakin tinggi malah kerajaan juga menggalakkan pengambilan suntikan dos penggalak.

“Kita memang sudah aktifkan DMZ pada bila-bila masa apabila keadaan (peningkatan kes COVID-19) meruncing sebagaimana yang berlaku tempoh hari.

“Apabila kes kembali reda, pasukan DMZ kembali berfungsi kepada rutin biasa, bagaimanapun pasukan itu pada setiap masa akan aktifkan sekiranya diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi mengiringi lawatan daripada delegasi BITAGG yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan United State Indo-Pasific Command (USIDOPACOM) yang diketuai oleh Commanding Surgeon General Rear Admiral Pamela C. Miller.

Mengulas lanjut Dr Zulkeffeli berkata, sekiranya peningkatan kes terlalu ketara sehingga mengakibatkan peningkatan pada kemasukan pesakit ke hospital terutama Unit Rawatan Rapi (ICU), Perkhidmatan Kesihatan ATM (PKATM) akan diatur gerakkan bagi memberi sokongan.

“Sekiranya peningkatan kes (mendadak), sudah tentu ATM melalui Perhidmatan Kesihatan akan diatur gerakkan, dan para peringkat awal kita sudah dimaklumkan kemungkinan besar berlaku peningkatan kes yang mana akan menjejaskan atau menyebabkan kekurangan dalam perkhidmatan kesihatan awam.

“Buat masa ini, semua Hospital Medan ATM ditutup (kesemuanya) dan seingat saya operasi paling panjang membabitkan hospital itu adalah di Kepala Batas lebih daripada 200 hari.

“Memandangkan kes semakin menurun dan keperluan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga semakin berkurang, pasukan kembali menjalani latihan seperti biasa di penempatan masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1143
Kongsi :
Previous post Malaysia dan AS kukuhkan kemahiran dalam perubatan ketenteraan
Next post Pelancongan Kesihatan perlu dibuka untuk pelancong luar- EXCO
Ubah saiz-+=