Malaysia dan AS kukuhkan kemahiran dalam perubatan ketenteraan

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

SUNGAI UDANG 25 Feb – Interaksi dua hala Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (PKATM) dan Tentera Amerika Syarikat (AS) mampu memperkukuhkan perkongsian serta kemahiran perubatan dalam mendepani cabaran pada musim pandemik.

Ketua Pengarah Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusuh berkata, perbincangan dua hala itu dilaksanakan dalam program Bilateral Training and Consultive Group (BITAGG) ke-38 yang bermula Rabu lalu hingga hari ini.

Katanya, istimewanya penganjuran BITAGG kali ini buat julung kalinya mewujudkan kumpulan kerja khas dikenali Kumpulan Kerja Perubatan.

Beliau berkata, pelbagai program dianjurkan melibatkan pakar perubatan dalam pelbagai bidang mengutarakan pendapat masing-masing untuk memajukan bidang perubatan kententeraan.

“Ini termasuklah sistem pengurusan trauma di medan, perubatan penerbangan, perubatan bawah air, perubatan kapal selam, aspek kepimpinan, pengurusan, kawalan pandemik COVID-19 dan penyakit berjangkit,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas mengiringi lawatan daripada delegasi BITAGG yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan United State Indo-Pasific Command (USIDOPACOM) yang diketuai oleh Commanding Surgeon General Rear Admiral Pamela C. Miller.

Kunjungan delegasi dari AS itu disertai seramai 15 pakar dalam pelbagai bidang termasuk US Air Force Pacific Command (USPACAF) dan US Army Pacific Command (USARPAC) manakala PKAT disertai seramai 36 peserta.

Dalam pada itu, Miller berkata, objektif utama dalam program berkenaan adalah melibatkan pakar perubatan untuk berkongsi maklumat dan memperkukuhkan hubungan dua hala antara dua negara.

“Malaysia mempunyai keupayaan tinggi dalam menangani krisis kesihatan terutamanya COVID-19, jadi inilah masanya kita belajar antara satu sama lain selain mengamalkan kesihatan yang memberi manfaat kedua-dua negara,” katanya.

Terdahulu Dr Zulkeffeli mengiringi Miller dalam lawatan di Institut Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (INSAN) sebelum beliau menyampaikan syarahan planeri bertajuk Leadership in Military Health Services dan The Concept of Total Health in US Military (Lifespace) kepada 126 pegawai dan anggota perkhidmatan kesihatan ATM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1943
Kongsi :
Previous post Tiada perbincangan tarik diri tuan rumah kelayakan Piala Asia 2023
Next post ATM aktifkan Zon Pengurusan Bencana HAT bila-bila masa
Ubah saiz-+=