Rakyat Malaysia di Ukraine cemas tapi selamat

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

PETALING JAYA 25 Feb – Rakyat Malaysia yang terperangkap di Ukraine selepas tentera Rusia menceroboh negara itu kini berlindung di kediaman masing-masing.

Memetik laporan The Star jurutera perisian, K Karuna, 29, tinggal di Bandar Odessa bersama teman wanitanya ketika dihubungi menceritakan keadaan terkini di negara itu dalam nada suara cemas selepas tentera Rusia memulakan serangan keatas Kiev.

“Kami tidak boleh meninggalkan bandar ini sekarang, kami tidak tahu jalan selamat dilalui atau tidak, kami juga tidak tahu di mana lokasi tentera Rusia berada,” katanya.

Karuna berasal dari Nilai Negeri Sembilan memaklumkan tentera Rusia juga sudah berada di Bandar Odessa.

“Kami tinggal 30 kilometer dari sempadan Moldova, kami akan menuju ke sana jika perlu meninggalkan bandar ini.

“Harap kami tidak perlu berbuat demikian, tapi sekurang-kurangnya kami sudah ada perancangan,” katanya.

Bagi mendapatkan perkembangan terkini pencerobohan dia membaca laporan berita Ukraine dan Rusia.

Dia yang menetap di negara itu sejak lima tahun lalu berkata, pihak polis tempatan juga semakin kerap melakukan rondaan manakala pegawai dan anggota tentera sedang bercuti dipanggil untuk bertugas dan bersedia untuk digerakkan.

“Pihak kerajaan juga meminta penduduk agar bertenang dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya,” katanya.

Sementara itu seorang lagi rakyat Malaysia di Ukraine yang hanya dikenali sebagai Ahmad, 31, berasal dari Ampang, Selangor, berkata, ketegangan antara Ukraine dan Rusia khusus di Donbass yang dikawal puak pemisah Rusia bukan perkara baharu dan sudah berlarutan selama lapan tahun.

“Saya akan terus berada di sini, tak namapak kereta kebal atau pesawat tentera terbang di kawasan ini. Benar kerajaan mula menguatkuasakan undang-undang tentera, tapi itu prosedur standard kerana kami masih bebas bergerak dan melakukan aktiviti harian.

“Namun lapangan terbang dan ruang udara ditutup, itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga susulan insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines MH17 beberapa tahun lalu, bagi saya itu langkah terbaik,” katanya.

Semalam Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan keatas Ukraine dan susulan itu tentera negara berkenaan mula menceroboh Kiev dengan menyeberang sempadan.

President Ukraine Volodymyr Zelensky mengumumkan penguatkuasaan undang-undang tentera dan meminta semua penduduk bertenang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

744
Kongsi :
Previous post Kuarantin: Majikan perlu terima sijil digital, elak sesak di CAC
Next post MAEPS diaktifkan semula – Khairy
Ubah saiz-+=