Pokok hujan-hujan 135 tahun tumbang

Masa Membaca:47 Saat

AYER KEROH 25 Feb – Sebatang pokok hujan-hujan berusia 135 tahun yang menjadi tarikan di Raintree Walk Taman Tasik Taping, Taiping, Perak tumbang akibat kejadian ribut pada 22 Feb lalu.

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memaklumkan berdasarkan laporan Arborist bertauliah (CA) Nik Ikmal Fathi, punca utama pokok berkenaan tumbang adalah disebabkan ketidakseimbangan struktur pokok telah concong dan dimamah usia.

Bagi mengutamakan keselamatan orang ramai kawasan sekeliling berkenaan ditutup dan orang ramai diminta menjauhi lokasi itu.

POKOK hujan-hujan berusia 135 tahun yang tumbang.

MPT sedang berusaha untuk menyelamatkan pokok berkenaan dengan kadar segera, kerja pemulihan termasuk menegakkan semula pokok dengan sebahagian dahan akan dipangkas manakala akar dan tunjang dirawat.

Pokok berkenaan akan dipantau selama 12 bulan sehingga pulih dan sebagai langkah berjaga-jaga bagi pokok lain MPT akan menyediakan penampan dalam masa terdekat selain menjalankan rawatan akar.    

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1028
Kongsi :
Previous post Pemimpin G7 kenakan sekatan ‘ketat’ ke atas Rusia
Next post Kuarantin: Majikan perlu terima sijil digital, elak sesak di CAC
Ubah saiz-+=