Sorting by

×

Melaka, beberapa negeri ‘bergegar’ pagi ini

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 25 Feb – Satu gegaran kuat dirasai penduduk di Melaka dan beberapa Pantai Barat Semenanjung Malaysia pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), gegaran itu berlalu disebabkan gempa bumi kuat telah berlaku di di Utara Sumatra, Indonesia pada jam 9:39 pagi, hari ini.

Selain Melaka, gegaran turut dirasai di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

“Gempa bumi berlaku pada jarak 76km Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata kenyataan MET Malaysia.

PEKERJA di Wisma Negeri diarah mengosongkan bangunan susulan gegaran yang berlaku pagi ini. Kredit foto: Nurul Aini Hj Nordin di Facebook

Terdahulu, tular di media sosial mengenai gegaran tersebut.

Ada penduduk mendakwa gegaran itu dirasai sebanyak dua kali dalam tempoh 10 hingga 15 saat.

Malah ada yang mendakwa lampu, kipas, meja dan kerusi turut bergoyang impak daripada gegaran itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1342
Kongsi :
Previous post Litar lumba Merlimau buat peminat ‘jiwa kelajuan’ akan dirasmikan esok
Next post Nelayan Vietnam kena cekup, peralatan RM1.5j dirampas
Ubah saiz-+=