Lelaki Nepal maut, isteri parah dalam kemalangan tiga kenderaan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

ALOR GAJAH 23 Feb – Seorang lelaki warga negara Nepal maut, manakala isterinya parah selepas motosikal mereka terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan lain di Jalan Baru Pulau Sebang-Tampin, di sini pada kira-kira jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitendan Arshad Abu berkata mangsa Shyam Kumar Chaudhary, 50, maut di tempat kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mangsa bersama isterinya datang dari arah Tampin, Negeri Sembilan menghala ke Pulau Sebang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa memberi isyarat dan berhenti untuk membelok ke kanan, secara tiba-tiba sebuah kereta dipandu lelaki berusia 37 tahun datang dari arah belakang lalu melanggar bahagian kiri motosikal pasangan itu.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan kanan dan telah dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan, manakala isterinya jatuh bersama motosikal ditunggang pada bahagian kiri jalan,” katanya.

Menurut Arshad, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Alor Gajah manakala isterinya dibawa ke Hospital Tampin bagi menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar.

“Dan kenderaan-kenderaan yang terbabit dalam kemalangan ini telah ditahan untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1720
Kongsi :
Previous post KPM beri pilihan sekolah rendah, menengah jalankan PdPR
Next post Nour Rania Asyifaa tidak pernah tidur dalam buaian – Bapa
Ubah saiz-+=