Sorting by

×

Calon PN untuk PRN Johor diumum Khamis

Masa Membaca:37 Saat

PUTRAJAYA, 22 Feb – Senarai calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan di Johor pada Khamis ini, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pembahagian kerusi untuk PRN dah selesai antara parti-parti dalam PN. Kita dalam peringkat akhir tapisan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di sini hari ini.

PN dianggotai Bersatu, PAS dan Gerakan.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata PN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

SPR telah menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

748
Kongsi :
Previous post Kerajaan seru majikan tawar gaji minimum kepada pekerja – Saravanan
Next post CCTV pengecaman wajah kawal kadar jenayah di Melaka
Ubah saiz-+=