TYT, Ketua Menteri menghadap Sultan Selangor

Masa Membaca:53 Saat

KLANG 21 Feb – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Alam Alam Shah, di sini hari ini.

Turut berangkat menerima kunjungan itu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

SULTAN Selangor berkenan membawa Mohd Ali dan rombongan melawat beberapa galeri peribadi bagidan termasuk koleksi kereta, motosikal berkuasa tinggi, model kereta api serta ruangan adat istiadat.

Dalam kunjungan itu, Mohd Ali diiringi isterinya, Toh Puan Wira (Dr) Asmah Abdul Rahman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri, Datuk Munira M Yusop.

Pada pertemuan itu, Mohd Ali meluangkan masa kira-kira tiga jam untuk mempersembahkan perkembangan terbaharu negeri Melaka kepada Sultan Selangor.

Sultan Selangor turut berkenan membawa Mohd Ali dan rombongan melawat beberapa galeri peribadi bagidan termasuk koleksi kereta, motosikal berkuasa tinggi, model kereta api serta ruangan adat istiadat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1804
Kongsi :
Previous post Jabatan Perikanan bakal perluas ternakan ikan, kupang dan kerang tahun ini
Next post Yayasan Melaka meterai perjanjian usahasama bangunkan tanah di Lendu
Ubah saiz-+=