Lelaki tikam teman wanita dipercayai tusuk dada sendiri

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 21 Feb – Hasil bedah siasat menemukan kesan tusukan pada dada mayat lelaki yang dipercayai membunuh teman wanitanya dalam sebuah rumah di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, di sini, petang 19 Feb lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, keputusan itu sekali gus menolak andaian lelaki terbabit meneguk minyak tanah berikutan penemuan bahan bakar itu berhampiran katil tempat mayatnya ditemukan.

“Penemuan botol minyak tanah itu tiada kaitan dengan kematian lelaki berkenaan seperti siasatan awal.

“Ketika ditemui mulut lelaki itu berbuih jadi dia dipercayai minum minyak tanah sebelum membunuh diri selepas menikam teman wanitanya.

“Selain itu mayat mangsa wanita dihantar ke Hospital Kluang, Johor untuk proses bedah siasat. Bedah siasat perlu dilakukan disana bagi kes kematian membabitkan COVID-19, siasatan kes ini masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Terdahulu, MHI melaporkan polis menemukan lebih empat kesan tikaman pada badan mayat wanita yang dipercayai dibunuh teman lelakinya sebelum membunuh diri dalam kejadian kira-kira jam 5 petang 19 Feb lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1223
Kongsi :
Previous post Dalam rezeki saya, ada rezeki Abang Mail tunai Umrah’- Dr Akmal
Next post Penghantar makanan maut kemalangan di bulatan
Ubah saiz-+=