
Jumlah korban tanah runtuh di Brazil meningkat kepada 152
SAO PAULO, 21 Feb – Jumlah korban akibat tanah runtuh di Petropolis, Brazil meningkat kepada 152 orang manakala 165 lagi masih hilang, menurut agensi pertahanan awam tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.
Lebih 500 anggota bomba terlibat dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) serta dibantu kira-kira 40 anjing pengesan.
Operasi SAR di Morro da Oficina itu turut dibantu penduduk tempatan, menyaksikan sekurang-kurangnya 80 rumah musnah di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Gabenor Rio de Janeiro, Claudio Castro berkata hujan pada Selasa adalah yang terburuk pernah berlaku di bandar itu sejak 1932.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...