Khemah Klinik Kesihatan Jasin rosak diterbangkan ribut

Masa Membaca:36 Saat

MERLIMAU 21 Feb – Khemah digunakan sebagai ruang menunggu  oleh pesakit di Klinik Kesihatan Jasin rosak akibat diterbangkan ribut dalam kejadian semalam.

Kejadian itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal, menerusi Facebook rasminya hari ini.

“Khemah digunakan oleh pesakit sementara menunggu nama mereka dipanggil berikutan ruang di dalam klinik kesihatan Jasin adalah kecil.

“Pagi ini kita hadir secara mengejut dan Alhamdulilah semua kerja pengalihan telah saya arahkan untuk dilaksanakan hari ini juga,” katanya.

DR Muhamad Akmal meninjau ruang dalam klinik kesihatan.

Menerusi hantaran sama Dr Muhamad Akmal turut meninjau ruang di klinik berkenaan dan menyantuni pesakit datang untuk mendapatkan rawatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1175
Kongsi :
Previous post Malaysia, Poland setuju terdapat bidang beropetensi untuk diterokai bersama
Next post MPC: Malaysia ke arah 10 tangga teratas dalam Indeks Daya Saing Digital Global
Ubah saiz-+=