Sorting by

×

31 individu terima watikah dan pemakaian pangkat APM

Masa Membaca:49 Saat

AYER KEROH 22 Ogos – Seramai 31 individu termasuk golongan akademik dan profesional menerima watikah Pegawai Kehormat Pertahanan Awam yang diadakan di Amverton Heritage Resort, di sini, semalam.

Upacara pemakaian pangkat dan penyampaian watikah itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Penyampaian sijil penghargaan dalam penugasan Covid-19 turut diberikan kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka bagi menzahirkan penghargaan kerajaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka.

Mohd Redzuan dalam ucapannya berkata, kerajaan sentiasa menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan cemerlang dan sumbangan bakti warga AMP terutama dalam usaha mendepani ancaman Covid-19 sejak Februari lalu.

Sehubungan itu, katanya kerajaan mengambil keputusan menaikkan kadar elaun kepada anggota APM bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan anggota yang tidak ternilai.

“Diharapkan agar kenaikan kadar elaun itu akan menaikkan semangat anggota APM dan menjadi pemangkin kepada kejayaan pada masa depan,” katanya.

Untuk rekod, beliau dilaporkan berkata kerajaan bersetuju kadar elaun anggota sukarelawan APM dinaikkan sebanyak RM2 sejam dengan peruntukan sebanyak RM24 juta.

Views:

411
Kongsi :
Previous post Gadek: Permata tersembunyi luar bandar
Next post PPMSB sasar 16,050 tan metrik pengeluaran sawit
Ubah saiz-+=