Program Riuh-Keluarga Malaysia edisi pertama di Ayer Hitam, Johor
JOHOR BAHRU, 20 Feb – Program RIUH-Keluarga Malaysia edisi pertama anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 Mac ini di Arena Warna, Ayer Hitam, Johor.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata program itu melibatkan kerjasama antara kementerian itu, MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA).
Beliau berkata program itu bertujuan mempromosi dan memartabat industri kreatif tempatan serta memulihkan ekonomi dan merancakkan sektor pelancongan.
“Program ini akan turut diadakan di setiap negeri secara berperingkat,” katanya dalam wawancara program Sembang Santai ‘Hello Permata’ di radio Johor FM hari ini.
Program RIUH-Keluarga Malaysia itu diluluskan di Dewan Rakyat tahun lepas melibatkan kos sebanyak RM20 juta menerusi Bajet 2022.
Program itu juga menyasar untuk menarik lebih ramai belia terutama yang meminati seni lakonan, tarian dan lukisan bagi memahami mengenai prospek cerah untuk menjana ekonomi dalam bidang seni dan digital.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...