Sorting by

×

Maut selepas 19 hari bertarung nyawa

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ALOR GAJAH 19 Feb – Pembonceng motosikal yang terlibat kemalangan bersama kakaknya akibat melanggar lampu isyarat dalam kejadian di persimpangan Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin meninggal dunia (AMJ) petang tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa Nur Aima Natasya Nor Azlan, 19 disahkan meninggal dunia pada jam 5.20 petang tadi.

Katanya, penunggang motosikal yang juga kakak mangsa berusia 28 tahun bagaimanapun dibenarkan keluar dari Hospital Melaka (HM) hari ini.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala di Hospital Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

KETUA Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Dalam kejadian pada jam 8.15 malam pada 31 Januari lalu, kemalangan berlaku apabila mangsa bersama kakaknya dalam perjalanan dari Plaza Tol Simpang Ampat menghala ke Alor Gajah manakala sebuah lori dipandu lelaki 28 tahun datang dari arah bertentangan.

Pemandu lori itu meneruskan pemanduan ketika lampu isyarat menunjukkan warna hijau namun pada masa sama, penunggang motosikal itu terus membelok ke kanan sebelum dirempuh lori terbabit.

Kemalangan yang dirakam menerusi video ‘dashcam’ itu kemudian tular di media sosial.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

944
Kongsi :
Previous post PRN Johor: DAP umum lima lagi calon
Next post PRN Johor: Media rasmi dibenarkan perkenal semua calon termasuk pembangkang – Annuar
Ubah saiz-+=