
Sehari je dah boleh dapat lesen niaga – Dr Akmal
MELRIMAU 18 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh mengalu-alukan semua peniaga kecil di Daerah Jasin menyertai Program Peniaga Jasin Jom Buat Lesen pada 25 Feb ini di Bandar Baru Merlimau Utara.
Menurut Dr Muhamad Akmal inisiatif itu bagi membantu kesemua peniaga kecil untuk mendapatkan lesen perniagaan dengan mudah dan hanya mengambil masa sehari sahaja.
“Antara isu yang utama bagi penjaja kecil khususnya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah rata-rata mereka tidak mempunyai lesen.
“Alasan mereka tidak tahu bagaimana cara nak memohon dan kesukaran untuk ke pejabat Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) serta agensi berkaitan.
“Jadi kami bawakan MPJ dan agensi yang terlibat dalam permohonan lesen kepada mereka untuk,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
Dr Muhamad Akmal berkata, urusan membabitkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehinggalah pengambilan vaksin thyphoid akan diselesaikan dalam masa satu hari sahaja.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...
JALAN PINTASAN BAHARU UNTUK ORANG MERLIMAU
MERLIMAU 13 April - Jalan pintasan baharu sejauh 3.5 kilometer (km) akan dibina bagi menguraikan kesesakan lalu lintas khususnya di...
MELAKA ANJUR PRA-PELANCARAN WTD 2025 PADA JUN
TELOK MAS 13 April - Majlis Pra-Pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) Peringkat Negeri Melaka akan diadakan pada penghujung Jun...
LEBIH 10,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TELOK MAS
TELOK MAS 13 April - Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Padang Bola Taman Seri Telok Mas sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri...