Seri Negeri tutup hari ini
SERI NEGERI 18 Feb – Pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Seri Negeri di sini ditutup sepenuhnya hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja sanitasi secara berkala.
Menurut pegawai bertugas di Seri Negeri, penutupan itu hanya sehari dan kesemua kakitangan akan kembali bertugas pada Isnin (21 Feb) depan.
Bagaimanapun kesemua kakitangan diarahkan untuk bekerja dari rumah (BDR) susulan penutupan pusat pentadbiran berkenaan.
Susulan penutupan itu juga beberapa mesyuarat penting yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan.
Tinjauan Melaka Hari Ini di bangunan pentadbiran itu mendapati segala urusan membabitkan kerajaan negeri turut dihentikan sementara waktu dan akan disambung pada minggu hadapan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TVET ‘KUNCI’ MASA DEPAN MELAKA
BIDANG Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menjadi tumpuan utama buat Kerajaan Melaka yang bertujuan mengubah landskap ekonomi...
AB RAUF DILANTIK IKON HASIL MELAKA
AYER KEROH 4 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Ikon HASiL Negeri Melaka oleh...
MELAKA WAJIBKAN POTONGAN GAJI EXCO UNTUK CUKAI BERJADUAL
AYER KEROH 4 Disember - Semua Exco Kerajaan Negeri akan diwajibkan untuk melaksanakan pemotongan gaji bagi pembayaran cukai berjadual di...
MANEK SULAMKAN SI AYER MATA, ANGKAT SENI HALUS KASUT MANIK
AYER KEROH 4 Disember - Teater Perpaduan Peranakan: Manek Sulamkan Si Ayer Mata mengangkat keunikan seni halus kasut manik yang...
TIGA INSTITUSI TVET TERJEJAS BANJIR SEGERA DIBAIKI – AHMAD ZAHID
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Tiga institusi pengajian yang menawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terjejas banjir...
SASAR 3,000 SERTAI JELITA SETIAP TAHUN – TPM
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Program Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 peserta pada...