
KPLB : Pendekkan tempoh pengajian bidang elektrik Giat Mara
MASJID TANAH 20 Ogos – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi memendekkan tempoh pengajian bidang elektrik di Giat Mara Masjid Tanah.
Menterinya Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad berkata, tempoh pengajian bidang itu mengambil masa selama 24 bulan.
“Hasrat kita nak pendekkan tempoh pengajian kepada enam atau tiga bulan.
“Ini bagi membuka pasaran lebih luas kepada pelajar dalam bidang elektrik selain menjimatkan kos pengajian mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan Kerja di Pusat Giat Mara Masjid Tanah, semalam.
Ujarnya, perkara itu wajar dilihat supaya pelajar dapat menunjukkan kemahiran mereka bukannya hanya bergantung kepada masa ditetapkan.
“Dengan cara ini, kita boleh kurangkan kos untuk melatih mereka, kedua kita menjadikan mereka lebih mahir dengan ‘on job training’.
“Kalau ada orang kampung nak baiki aircond contohnya, boleh gunakan mereka, pihak kementerian sentiasa sokong usaha ini,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
