
Bomba ‘cilik’ padam api
MASJID TANAH 18 Feb – Program Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-kanak (3K) akan diperluaskan lagi bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak mengenai persediaan dalam menghadapi insiden kebakaran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Mohd Hairi Affendy Razali berkata, acara membabitkan Kelab 3k dianjurkan setiap tahun di bawah Program Pembelajaran dan Kesedaran Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Katanya, inisiatif dijalankan JBPM itu akan diteruskan demi memberi pendedahan asas kepada masyarakat mengenai persediaan kebakaran.
“Aktiviti Kelab 3K ditumpukan kepada kanak-kanak dengan harapan dapat memupuk pengetahuan dan kefahaman asas tentang keselamatan kebakaran.
“Kita akan mendedahkan kepada mereka berkaitan pencegahan asas insiden kebakaran seperti teknik Berhenti-Rebah-Guling-Merangkak.
“Apa yang menarik ketika program dijalankan peserta ini berpeluang merasai pengalaman seperti anggota bomba dan mengenakan pakaian bomba,” katanya, semalam.
Terdahulu, seramai 35 kanak-kanak dari Sekolah Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ramuan China Besar menyertai program itu yang diadakan di Balai Bomba Masjid Tanah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...