Sorting by

×

KKM kemuka cadangan SOP buka sempadan dalam masa terdekat

Masa Membaca:50 Saat

JOHOR BAHRU, 17 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat, sebelum memutuskan tarikh pembukaannya.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu sedang diteliti, dengan KKM sedang memantau situasi semasa penularan COVID-19.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis ‘Bicara Memperkasa Ekonomi Bersama Pemain Industri dan IKS Skudai’, di sini hari ini beliau berkata sekiranya sempadan dibuka, kerajaan tetap mahukan supaya pematuhan kepada SOP dikekalkan.

Katanya sebelum ini Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun membuat cadangan supaya kerajaan dapat menimbangkan pembukaan sempadan segera memandangkan kadar vaksinasi negara mencatatkan prestasi yang cemerlang.

“Mengikut laporan Nikkei Recovery Index, program pemulihan negara berjalan dengan baik serta lancar, dan Malaysia antara negara yang terbaik didunia dalam perkara ini. Maka kita merasakan sudah sampai masanya dengan SOP yang baharu dan diperketatkan, kerajaan boleh menimbangkan perkara ini,” katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

580
Kongsi :
Previous post Hampir 9,000 petugas penjagaan kesihatan positif COVID-19
Next post Helpdesk MySejahtera secara fizikal dibuka Sabtu ini
Ubah saiz-+=