Sorting by

×

BN bersifat ‘malar segar’, faham aspirasi golongan muda – Ahmad Zahid

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

JOHOR BAHRU, 16 Feb – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi muda bahawa parti gabungan itu bersifat ‘malar segar’, malah tidak pernah gagal atau terkhilaf memahami aspirasi golongan muda.

Dalam satu hantaran di Facebook rasminya beliau menyifatkan BN tetap relevan sejak 1973 dan perkara itu penting untuk pengetahuan pengundi muda bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

“Muda bukan tentang usia parti, namun dasar dan agenda yang akan memanfaatkan golongan muda mahupun lama,” katanya.

Presiden UMNO itu berkata selain itu, BN adalah parti gabungan yang padu, kukuh, konsisten dan mampan berbanding parti gabungan lain dan kesalasilahan BN sebagai sebuah gabungan parti politik demi rakyat untuk rakyat tidak pernah diabaikan, dan memancarkan kestabilan sepanjang mentadbir negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata BN dibarisi gandingan pimpinan lama dan baharu yang padat dengan pengalaman, pengetahuan, idea serta inspirasi yang segar dan baharu, sekali gus mengangkat kepentingan rakyat setiap kaum, agama, jantina dan peringkat umur.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian dengan penamaan calon pada 26 Feb, manakala pengundian awal pada 8 Mac.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

791
Kongsi :
Previous post Empat ditahan kes penemuan mayat lelaki yang ditetak, dibakar
Next post Termakan baja tumbuhan disyaki punca kematian gajah betina
Ubah saiz-+=