
TYT tinjau kerja pembaikan bas elektrik Panorama Melaka
AYER KEROH 16 Feb – Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam mengadakan lawatan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi meninjau kerja-kerja pembaikan bas elektrik Panorama Melaka, semalam.
Ketibaan beliau kira-kira jam 11 pagi itu bagi melihat kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan di bawah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTeM.
Dalam lawatan itu, Mohd Ali berkesempatan meluangkan masa hampir dua jam untuk melihat beberapa produk serta mendengar perkongsian mengenai peluang universiti industri khususnya di negeri Melaka.

Mohd Ali turut diberikan penerangan mengenai kerja-kerja pembaikan oleh kakitangan UTeM yang terlibat.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Dr Ghazali Omar; Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Dr Md Nazri Othman dan Pengurus Besar Panorama Sdn Bhd, Datuk Abu Bakar Abdul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...