Sorting by

×

Pengusaha bot disaran manfaatkan geran kerajaan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KLEBANG 13 Feb- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyarankan semua pemain industri pembuatan bot merebut peluang disediakan kerajaan untuk diperluaskan ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Menterinya, Datuk Lim Ban Hong berkata bidang itu dilihat berpotensi dikembangkan dalam sektor Maritim dan pengurusan bencana.

Justeru katanya, kerajaan menerusi MITI turut menyediakan pelbagai geran untuk pembangunan industri tersebut berkembang ke peringkat lebih tinggi.

“Antara geran yang disediakan seperti geran pembangunan pemasaran (MDG) yang boleh menggalakkan pembangunan industri pembuatan kapal atau bot ini.

“Geran ini turut akan membuka peluang kepada pengusaha untuk melibatkan diri dalam pameran di peringkat antarabangsa sekaligus memudahkan pasaran bot tempatan di pasaran luar,” katanya.

BAN Hong (kiri) bersama Sulaiman pada Majlis Perasmian Kilang Explorer Komposit di Pulau Gadong, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kilang Explorer Komposit di Pulau Gadong, di sini hari ini yang di sempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Mengulas lanjut, Ban Hong berkata pengangkutan itu dilihat semakin mendapat permintaan sama ada dalam sektor perikanan, pengurusan bencana mahupun pembuatan.

“Kerajaan melihat pengangkutan ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti industri perikanan, pengangkutan logistik dan pengurusan bencana.

“Jadi sebagai pengusaha atau pemain industri pembuatan bot dan kapal yang sedia ada, saya fikir banyak potensi bukan sahaja terhad kepada pengurusan bencana malahan pengangkutan logistik bagi bidang perikanan dan pelbagai bidang lain yang memerlukan bot pengangkutan seperti ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1224
Kongsi :
Previous post 11 mati lemas dihanyutkan ombak besar di laut Indonesia
Next post Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah
Ubah saiz-+=