
COVID-19: Kes baharu menurun kepada 21,072
KUALA LUMPUR, 13 Feb – Kes baharu COVID-19 dalam negara menurun sedikit hari ini kepada 21,072 kes berbanding 22,802 semalam, selepas tujuh hari berturut-turut mencatatkan peningkatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter berkata kumulatif kes kini bertambah kepada 3,040,235.
Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 99.59 peratus atau 20,986 kes berada dalam kategori satu dan dua, manakala 0.41 peratus atau 86 kes adalah bagi kategori tiga, empat dan lima.
Beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) pula mencatatkan 1.49 semalam dengan Labuan mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 2.14, diikuti Sarawak (1.67), Sabah (1.66), Perlis (1.47) dan Pulau Pinang (1.46).- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
SEPANG 13 April - Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERBABAS, PEJALAN KAKI DILANGGAR KERETA KETIKA BERI BANTUAN
JOHOR BAHRU 13 April - Seorang lelaki Myanmar maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas manakala penjalan kaki yang cuba memberi...
RAYA MERIAH, HARMONI DI KLEBANG
KLEBANG 13 April - Walaupun berlangsung dalam cuaca hujan lebat, Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di perkarangan...
79 PROGRAM WARNAI WRUR LENDU 18-31 MEI DEPAN
LENDU 13 April - Sebanyak 79 program disusun bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu...
PELUNCURAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DI MELAKA PADA SEPTEMBER
TELOK MAS 13 April - Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) di Melaka akan diadakan pada September depan,...
TRADISI RAYA DI LENDU TERJEMAH SEMANGAT PERPADUAN
LENDU 13 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bukan sekadar jamuan makan, sebaliknya ia lambang...