24 individu terima anugerah darjah kebesaran Terengganu
KUALA TERENGGANU, 13 Feb – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan mengurniakan bintang dan darjah kebesaran negeri Terengganu kepada 24 individu bagi 2021.
Turut berangkat ke istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Sharqiyyah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mendahului senarai 24 penerima apabila dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ), yang membawa gelaran Datuk Seri.
Seramai 19 individu dianugerahkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) yang membawa gelaran Datuk, termasuk pelumba basikal negara Azizulhasni Awang; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Kasemani Embong; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Dr Nor Azimi Yunus dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar.
Sultan Mizan juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (SMT) kepada empat penerima termasuk Pakar Patologi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Dr. Fatimah Haslina Abdullah dan Pengarah Hospital Hulu Terengganu Dr. Mohamad Yurzi Mat Rani @ Ghani.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
ELAUN TAMBAHAN HARGAI JPKK MELAKA
AYER KEROH 8 Januari - Nasib Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri ini terus terbela dan menjadi keutamaan...
SEMBILAN CEDERA, KEMALANGAN BABIT LAPAN KENDERAAN
AYER KEROH 8 Januari - Sembilan cedera termasuk seorang pemandu bas parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di...
PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
AYER MOLEK 8 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan...
KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN
ASAHAN 8 Januari - Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan...