
Kita dah buktikan kerajaan UMNO stabil, PM balas Sanusi
KUALA LUMPUR, 13 Feb – Tidak timbul isu kerajaan akan menjadi lebih stabil jika UMNO tidak menjadi kerajaan, itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Ismail Sabri berkata kerajaan kini adalah kerajaan UMNO dan beliau sendiri adalah perdana menteri dari UMNO, yang mendapat sokongan dari rakan-rakan parti lain.
“Kita dah tunjuk (buktikan) kerajaan ini stabil, saya sendiri Perdana Menteri UMNO dan disokong oleh rakan-rakan parti yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia di sini, hari ini.
Terdahulu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata formula untuk melihat kestabilan politik di Malaysia dan negeri-negeri seluruh negara adalah bila UMNO tidak lagi memerintah.
Sementara itu Ismail Sabri berkata kestabilan politik negara juga dibuktikan dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang.
“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini, ia semua bagi memastikan politik negara dalam keadaan stabil, jadi tiada isu seperti yang dikatakan oleh MB (Muhammad Sanusi) itu,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TYT HADIR MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BOMBA MELAKA
BUKIT KATIL 14 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Jalinan...
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...
MELAKA BERDUKACITA PEMERGIAN TUN ABDULLAH – KM
AYER KEROH 14 April - Melaka turut menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri...
TUN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 14 April - Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada...
PETUGAS SEKOLAH HILANG, ANAK PEREMPUAN LEMAS SELEPAS KERETA DIHANYUTKAN ARUS DERAS
MIRI 14 April - Seorang pembantu pengurusan murid Sekolah Kebangsaan Long Jekitan di Baram dekat sini hilang, manakala anak perempuannya...
EKSEKUTIF JUALAN RUGI HAMPIR RM50,000 DIPERDAYA SINDIKET TAWARAN KERJA SAMPINGAN
KUALA TERENGGANU 14 April - Seorang eksekutif jualan kerugian sebanyak RM48,530 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud di media...