
PM cadang adakan lawatan kerja ke China, Timur Tengah
KUALA LUMPUR, 13 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau bercadang mengadakan lawatan kerja ke China pada Mei dan ke Timur Tengah pada penghujung Mac ini.
Ismail Sabri bagaimanapun berkata pada peringkat awal beliau akan menghabiskan dahulu lawatan kerjanya ke negara-negara ASEAN seperti ke Brunei yang dijadualkan esok dan negara lain seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam.
“Saya selesaikan ASEAN dulu sebelum saya pergi ke negara Timur Tengah, tengah tunggu tarikh mungkin Mac atau selepas Parlimen habis bersidang…selepas itu saya ke China,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia di sini hari ini.
Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China sejak 1974, negara pertama di ASEAN yang melakukannya. Sejak itu, kedua-dua negara menjalin hubungan erat dan membangun perkongsian untuk kepentingan bersama dalam pelbagai aspek.
Sebelum ini Indonesia menjadi negara pertama dikunjungi beliau selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos lalu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PAYA RUMPUT JADI MEDAN PERPADUAN
PAYA RUMPUT 1 April - Tradisi rumah terbuka menjadi medan perpaduan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan...
PERTAHAN WARISAN KUIH LIDAH BUAYA
PANTAI KUNDOR 1 April - Lambakan pelbagai jenis kuih dan biskut raya moden masih tidak mampu menandingi kehebatan rasa dan...
REALISASI IMPIAN ANAK MUDA LEBARKAN PERNIAGAAN BAULU MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 1 April - Bantuan peralatan membuat kuih antara yang akan diusahakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya,...