
Penjawat awam tunjang sistem penyampaian kerajaan – Cuepacs
KOTA BHARU, 13 Feb – Penjawat awam perlu menjadi tunjang dalam sistem penyampaian kerajaan untuk memudah cara selain menyampaikan dasar dan bantuan kepada rakyat dengan lebih berkesan dan tersusun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata hal ini kerana rakyat pada masa ini sedang menilai segala tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan penjawat awam.
“Penjawat awam juga diseru supaya memperkasakan dan mempertahankan integriti dari segi perbuatan, masa, akal dan sebagainya.
“Oleh itu, penjawat awam perlu lebih berintegriti dan sentiasa melihat kepada tiga perkara dari segi akal, budi bicara dan perbuatan supaya tidak dipandang keji oleh rakyat di luar sana sepanjang tempoh perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Persaraan Ahli Jawatankuasa Cuepacs, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Adnan berharap kerajaan segera mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sudah tidak relevan bagi menampung keperluan penjawat awam supaya tangga gaji selesa setimpal dengan perbelanjaan harian.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...
RENTAK BERTANDAK MELAKA PAMER KEUNIKAN BUDAYA SERUMPUN
AYER KEROH 16 April - Program Rentak Bertandak Antarabangsa 2025 yang merupakan acara kebudayaan nusantara akan diadakan di Melaka pada...
KEMUNCAK WRUR LENDU, SUNGAI UDANG PADA 31 MEI
ASAHAN 16 April - Perasmian penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan DUN...
2025 DAN 2026, PELANCONGAN MELAKA ‘TIDAK BEREHAT’
SERI NEGERI 16 April - Sektor pelancongan Melaka kembali meriah tahun lalu susulan kejayaan penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024...
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...