
Lapan individu ditahan berjudi di Port Dickson
SEREMBAN, 13 Feb – Seramai lapan individu termasuk seorang wanita ditahan ketika sedang leka berjudi dalam serbuan di sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Batu 6, Lukut, Port Dickson dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 29 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi Op Limau dan Tahun Baru Cina kira-kira pukul 8.40 malam.
“Sebaik polis tiba di lokasi, dua kumpulan dilihat sedang mengelilingi dua meja dengan meja pertama dikelilingi tiga lelaki dan seorang wanita yang berjudi daun terup manakala empat lelaki berjudi jenis mahjong di meja kedua.
“Polis kemudiannya merampas 152 batu mahjong, kad daun terup (52), dadu (tiga), meja (dua), kerusi (lapan), kertas mahjong (empat) dan wang tunai berjumlah RM728 yang dijadikan pertaruhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan turut mendapati dua daripada lapan individu itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Aidi Sham berkata susulan itu, kesemua mereka bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...