
COVID-19: Hampir 1,000 kes di Melaka, majoriti jangkitan sporadik
AYER KEROH 11 Feb – Melaka merekodkan jangkitan harian COVID-19 tertinggi dalam tempoh beberapa bulan selepas 988 kes baharu dicatat hari ini.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu 904 daripadanya merupakan kes jangkitan tempatan, diikuti 83 kes import B (jangkitan dari luar Melaka) dan satu kes import A (jangkitan luar negara).
Daerah Melaka Tengah mencatat jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 556 Kes, manakala Alor Gajah (264 kes) dan Jasin 168 kes.
Jelas JKN Melaka, majoriti kes baharu hari ini adalah daripada jangkitan sporadik dengan 466 kes, diikuti kontak keluarga dengan 393 kes, tempat kerja (47), kawasan berisiko (39), kontak sosial (25) dan institusi pendidikan (16).
Bagaimanapun, tiada kluster baharu direkodkan dalam tempoh tiga hari berturut-turut.
“Setakat ini, terdapat 4,138 kes aktif masih dirawat dengan tiga daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan satu memerlukan alat bantuan pernafasan,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...